Site Loader
D17 1st Floor, Plaza Pekeliling, Jalan Kampar off Jalan Tun Razak 50400 KL

1. Laporan Kredit Skor Yang Rendah

Kebanyakan institusi bank di negara ini bergantung kepada laporan CTOS dan CCRIS sebagai salah satu kriteria untuk melayakan seseorang individu daripada memperolehi pinjaman dari bank tersebut.

Daripada laporan tersebut, institusi bank dapat menilai setiap peminjam dari segi

  1. Ketepatan atau kelewatan bayaran balik pinjaman sedia ada.
    Jika terdapat tunggakan yang melebihi 2 bulan dari salah satu pinjaman sedia ada, biasanya aplikasi tersebut tidak dapat diluluskan tetapi rayuan boleh diterima untuk kes-kes tertentu.
  2. Rekod saman daripada institusi bank atau institusi kredit yang lain.
    Saman biasanya dikeluarkan kepada peminjam yang tidak lagi membayar pinjaman melebihi 3 bulan.
  3. Status AKPK
    Individu yang sedang menjalani program AKPK tidak boleh membuat sebarang pinjaman dari institusi bank sehingga program selesai / tamat.

Oleh itu, untuk mempunyai kredit skor yang tinggi, elakkan ciri-ciri seperti yang dijelaskan diatas.

Sekarang anda dah tahu sebab-sebab kenapa ada pemilik rumah yang refinance pembiayaan rumah mereka. Bagaimana pula caranya? Senang atau susah?

2. Komitmen Sedia Ada Yang Tinggi

Daripada laporan CTOS dan CCRIS yang sama, pihak bank dapat mengira nisbah hutang: pendapatan atau debt service ratio (DSR) setiap peminjam. Setiap bank mempunyai DSR yang berlainan dari 60% kepada 80% bergantung kepada pendapatan peminjam tersebut. Komitmen bulanan untuk setiap kemudahan sedia ada di institusi bank boleh dikira seperti contoh berikut:

  1. Kad kredit – 5% daripada jumlah baki hutang
  2. Pinjaman peribadi – ansuran tetap bulanan
  3. Pinjaman perumahan / komersial – ansuran tetap bulanan
  4. Pinjaman kereta – ansuran tetap bulanan
  5. Pinjaman overdraft – baki hutang X (faedah) X jumlah hari / 365 hari

Oleh itu, pastikan nisbah hutang : pendapatan termasuk pinjaman yang baru tidak melebihi 80% supaya pinjman baru dapat diluluskan.

3. Pendapatan Yang Tidak Mencukupi Atau Tidak Stabil

Peminjam yang bekerja atau berniaga sendiri selalunya tidak mempunyai pendapatan yang seimbang seperti pekerja tetap. Contoh seperti ejen insuran, hartanah, juru jual, sole-proprietor dan sebagainya. Pendapatan mereka boleh mencecah puluhan ribu pada bulan tertentu dan menjunam kepada beberapa ratus bulan berikutnya, justeru pihak bank hanya akan mengambil kira pendapatan seperti berikut,

  1. Pendapatan komisen – kebanyakan bank hanya mengambil 50% daripada purata komisen untuk 6 bulan terkini.
  2. Pendapatan perniagaan – kebanyakan bank hanya mengambil 8%-15% daripada purata jumlah pendapatan untuk 6 bulan terkini.
  3. Pendapatan kerja lebih masa (overtime) – kebanyakan bank hanya mengambil 50% daripada purata overtime untuk 6 bulan terkini.

Untuk mendapat pertimbangan kelulusan yang tinggi, pastikan pendapatan yang lebih seimbang atau konsisten dan mengemukakan cukai pendapatan setiap tahun.

4. Dokumen Pendapatan Yang Tidak Lengkap

Dokumen yang dianggap sangat penting dalam setiap aplikasi pinjaman bergantung kepada pendapatan peminjam. Untuk perkerjaan tetap, slip gaji dan penyata EPF adalah wajib. Begitu juga untuk yang berniaga sendiri / perkongsian, penyata akaun syarikat dan cukai pendapatan adalah wajib. Dokumen-dokumen wajib tersebut membolehkan pihak bank untuk mengesahkan pendapatan peminjam selain dokumen sokongan seperti fotokopi IC, pendaftaran perniagaan dan penyata bank akaun individu.

5. Lokasi Rumah Dan Jenis Geran

Sesetengah institusi bank tidak akan memberi pinjaman perumahan bagi hartanah dilokasi yang dianggap berisiko tinggi seperti risiko tanah runtuh, jumlah lelong yang banyak dan terletak ditengah persimpangan jalan. Selain itu, jenis geran seperti master title, individual/strata title dan reserved land perlu dinilai sebelum institusi bank menerima aplikasi tersebut.

6. Aplikasi Di Institusi Bank Yang Tidak Betul.

Setiap institusi bank mempunyai sasaran profil peminjam, lokasi hartanah dan jenis geran. Contohnya, bukan semua institusi bank memberi pinjaman pembiayaan rumah sekiranya hartanah tersebut terletak dilokasi luar bandar. Jenis geran juga penting kerana cuma segelintir institusi bank yang menerima pembiayaan semula rumah untuk geran jenis master title. Profil peminjam yang mempunyai pendapatan tetap lebih digemari oleh kerana pendapatan yang lebih konsisten dianggap pembayaran balik yang lebih konsisten.

Sebagai rumusan, kepada kebanyakan orang awam yang sudah pernah cuba mendapat pembiayaan semula rumah tetapi tidak berjaya, kemungkinan besar berkaitan faktor-faktor diatas yang telah dijelaskan.

Namun demikian, kami di Gold Mount Sach Management (GMSM) mempunyai kepakaran dalam penyelesaian subjek tersebut dan memberi khidmat nasihat yang boleh membantu anda supaya berjaya di cubaan seterusnya.

Perundingan percuma ditawarkan! Cuma isikan maklumat anda dan kami akan hubungi anda secepat mungkin

    Post Author: admin